BERITA SEMASA

Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri termasuk Putrajaya petang ini

PUTRAJAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 10 negeri termasuk Putrajaya sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran itu melibatkan seluruh negeri Pulau Pinang, termasuk Kedah (Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Perak (Kerian dan Larut, Matang dan Selama).

Amaran sama turut melibatkan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman), Pahang (Raub, Bentong dan Kuantan) manakala Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat serta Sepang).

Sementara itu di Negeri Sembilan, keadaan sama diramal melanda Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol sementara Johor melibatkan Pontian, Kulai, Kota Tinggi serta Johor Bahru.

Manakala di di Sarawak, kawasan diramal terjejas ialah Miri (Subis, Miri dan Marudi), manakala Sabah di Pedalaman (Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat (Kota Marudu).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button