JOM RONDABERITA SEMASA

Mercure Living Putrajaya tawar Bufet Ramadan Nostalgia, Pasar Raya Raya

PUTRAJAYA – Mercure Living Putrajaya mempersembahkan pengalaman berbuka puasa yang eksklusif dengan promosi Bufet Ramadan Nostalgia dan Pasar Raya Raya yang penuh warna-warni bermula 5 Mac hingga 30 Mac hadapan.

Chef Zaidi Mohammad berkata, tema kali ini membawa kenangan era 80-an dan 90-an dengan hidangan klasik seperti sup tulang merah, lamb shank, rendang rusa, salai lemak udang galah, salai lemak itik, cendol durian santan sawit dan lo bak gou.

“Kami memastikan setiap hidangan bebas perasa tambahan hanya menggunakan gula dan garam sebagai perasa.

“Rendang rusa adalah antara menu eksklusif kami kerana bekalan halal yang terhad,” katanya di sini hari ini.

Bufet Ramadan itu menampilkan lebih 800 jenis hidangan pelbagai budaya termasuk Melayu, Cina, India dan barat.

Tetamu juga dapat menikmati lebih 30 stesen masakan langsung di restoran Volcano Shabu Shabu, yang memberikan pengalaman kulinari interaktif.

Selain bufet, pasar raya raya akan dibuka setiap hari dari pukul 4.30 petang hingga 10 malam, menawarkan pelbagai barangan seperti baju kurung, baju Melayu, kuih raya dan barangan buatan tangan.

Persembahan ghazal secara langsung turut melengkapkan suasana berbuka dan membeli-belah.

Baucar early bird ditawarkan pada harga RM118 untuk dewasa dan RM68 untuk kanak-kanak sehingga 25 Januari ini.

Selepas itu, harga biasa akan dikenakan iaitu RM148 untuk dewasa dan RM98 untuk kanak-kanak.

“Dengan pelbagai hidangan, aktiviti menarik dan harga berpatutan, ini adalah peluang terbaik untuk merasai kemeriahan ramadan di Mercure Living Putrajaya,” katanya lagi.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi 019-269 0175.

Jangan lepaskan peluang menikmati pengalaman berbuka puasa yang tidak dapat dilupakan ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button