BERITA SEMASA

Menteri Dalam Negeri berlepas ke China untuk lawatan kerja

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah berlepas hari ini ke China bagi menghadiri Forum Keselamatan Global 2024 di Lianyungyang City.

Menurut Pejabat Menteri Dalam Negeri dalam satu kenyataan, forum itu akan berlangsung pada 8 hingga 10 September ini.

“Semasa berada di sana, Menteri Dalam Negeri juga dijadualkan untuk mengadakan perbincangan dua hala bersama Menteri Keselamatan Awam China, Wang Xiaohong.

“Selain itu, Menteri Dalam Negari akan turut bertemu dengan pelabur antarabangsa untuk perbincangan berkaitan bidang keselamatan,” katanya hari ini.

Dalam pada itu katanya, Menteri Dalam Negeri dijadualkan untuk pulang ke Malaysia pada 10 September ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button