BERITA SEMASAPOLITIK

MB Selangor nafi kerusi DUN Sungai Tua dikosongkan

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan spekulasi bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua yang dimenanginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 akan dikosongkan bagi memberi laluan kepada calon lain.

Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas dan sekadar khayalan.

“Proses mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada individu lain bukanlah semudah disangka.

“Ia memerlukan penelitian yang mendalam,” katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan E-Bike kepada Polis Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Shah Alam, lapor Bernama.

Kenyataan itu dibuat sebagai respons kepada dakwaan kononnya kerusi DUN Sungai Tua akan dikosongkan untuk membolehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan, sekali gus membuka ruang kepada Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bertanding di kawasan tersebut.

Sebelum ini, Tengku Zafrul mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli UMNO dan menyatakan hasrat untuk menyertai PKR.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button