POLITIK

Kemelut BERSATU: Mas Ermieyati bersyukur keahlian digantung

CYBERJAYA – Ketua Wanita BERSATU, Datuk Mas Ermieyati Samsudin memanjatkan kesyukuran setelah parti tersebut turut menggantung keahliannya kerana didakwa melanggar perlembagaan dan kod etika parti.

“Alhamdulillah, akhirnya saya digantung. Inilah sahaja yang mampu diberikan oleh Lembaga Disiplin buat masa ini. Bagi saya, saya bersyukur, Alhamdulillah.

“#Reset all the way,” katanya dalam hantaran di Instagram, hari ini.

Perkembangan itu berlaku pada hari yang sama dengan penggantungan Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Ronald Kiandee.

Ronald dan Mas Ermieyati sebelum ini menghadiri satu perhimpunan yang menyatakan sokongan kepada Hamzah Zainudin pada 14 Februari, sehari selepas beliau dipecat daripada jawatan Timbalan Presiden parti.

Hamzah kemudian melancarkan gerakan “Reset”, yang menyeru kepada pembetulan, penambahbaikan serta pengukuhan kekuatan negara secara bersama.

Menurut surat penggantungan berkenaan, Ronald dan Mas Ermieyati didakwa melanggar Fasal 9.1.4 perlembagaan parti.

Surat tersebut menyatakan, kedua-duanya dilucutkan daripada semua jawatan dan tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan bagi pihak parti sehingga tempoh penggantungan tamat.

Tempoh penggantungan itu pula berkuat kuasa selama dua kitaran pemilihan BERSATU.

Bagaimanapun, mereka boleh mengemukakan rayuan kepada lembaga rayuan dalam tempoh 14 hari, kata Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Mohd Radzi Manan, dalam surat tersebut.

Sebelum penggantungan itu, mereka telah menerima surat tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin berhubung beberapa dakwaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button