
BERITA SEMASA
Mangsa terakhir tanah runtuh ditemukan
KUCHING – Mangsa terakhir insiden tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri, awal pagi tadi, berjaya ditemukan lewat petang tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, jasad itu ditemukan pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 6.06 petang.
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Fatimah Dawi, 71, berjaya dibawa keluar dari kawasan runtuhan pada pukul 6.26 petang sebelum dihantar ke Hospital Miri.
Kata Alexson, insiden itu menyebabkan dua buah rumah yang didiami 12 individu mengalami kerosakan.
“Daripada jumlah itu, lima mangsa disahkan meninggal manakala dua lagi cedera. Mangsa yang cedera termasuk seorang ditemui di tempat kejadian manakala yang lain menyelamatkan diri,” katanya kepada pemberita, hari ini.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








