BERITA SEMASA

Malaysia tunggu hasil siasatan individu tiada permit haji

JEDDAH – Malaysia sedang menunggu siasatan mengenai dakwaan lima rakyat Malaysia ditahan kerana memasuki Mekah tanpa permit menunaikan haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, pihaknya akan menunggu siasatan lanjut berhubung perkara itu, lapor SH Online.

“Kita masih menunggu siasatan,” katanya ketika ditemui selepas Grand Hajj Symposium 2026, di sini hari ini.

Terdahulu, laporan Saudi Gazette menyebut, lima rakyat Malaysia ditahan pasukan keselamatan Arab Saudi selepas didapati cuba memasuki Mekah tanpa permit haji melalui laluan tidak rasmi di kawasan berbukit dan lembah.

Laporan itu turut menyebut, tindakan undang-undang telah dimulakan terhadap kelima-lima individu itu.

Menurut Direktorat Jeneral Mujahideen Arab Saudi, semua individu terbabit ditahan kerana melanggar peraturan musim haji 1447 hijrah sebelum tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.

“Pihak berkuasa turut menegaskan bahawa semua jemaah dan penduduk perlu mematuhi peraturan serta prosedur yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran dan keselamatan operasi haji tahun ini.

“Sebarang pelanggaran peraturan haji akan dikenakan tindakan dan hukuman mengikut undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya dalam satu kenyataan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button