BERITA SEMASA

Malaysia Tribune ungguli Acara Menembak Bersama Ketua Pengarah Imigresen

PUTRAJAYA – Wartawan Malaysia Tribune, Muzamir Ismail, muncul johan dalam Acara Menembak Ketua Pengarah Imigresen Bersama Rakan Media 2025 yang berlangsung meriah di Kelab Menembak Sasaran Shapadu, di sini hari ini.

Kejayaan tersebut menyaksikan Muzamir mencatat markah tertinggi dalam kategori tembakan papan sasaran sekali gus melayakkan beliau membawa pulang plak kemenangan sebagai tanda penghargaan.

Turut mencatat pencapaian membanggakan ialah Penyunting Kanan Berita Malaysia Tribune, Abdul Halim Hadi, yang berjaya menempatkan diri dalam senarai lima peserta terbaik dan menerima pingat penghargaan daripada pihak penganjur.

Sebanyak 38 pengamal media dari pelbagai agensi dijemput menyertai program itu yang mengetengahkan dua kategori utama – tembakan centre fire dan acara jatuhan piring – menggunakan senjata api jenis CZ P-07.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, penganjuran acara itu bukan sahaja bertujuan memupuk semangat kesukanan dalam kalangan petugas media malah memperkukuh hubungan strategik antara Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan rakan media.

“Program yang dijalankan dalam suasana santai ini bermatlamat untuk mempereratkan kerjasama strategik antara JIM dan pihak media yang selama ini banyak membantu menyampaikan maklumat kepada masyarakat,” katanya.

Acara berkenaan turut diserikan dengan sesi ramah mesra, jamuan makan durian dan penyampaian hadiah kepada pemenang sebagai tanda penghargaan terhadap penglibatan aktif pengamal media.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button