
Malaysia-Thailand komited perkuat keselamatan sempadan, cegah aktiviti haram
BANGKOK – Malaysia dan Thailand komited untuk terus memperkuat keselamatan sempadan bagi mencegah aktiviti haram serta mempromosikan kestabilan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, komitmen itu dicapai menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) Malaysia-Thailand ke-56 di sini.
“Mesyuarat ini bermatlamat untuk menilai semula kemajuan usaha-usaha dalam menguruskan kerjasama persempadanan, di samping memberi tumpuan kepada pengukuhan hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand.
“Peluang seumpama ini perlu digunakan sebaiknya dalam meneroka kerjasama baharu, termasuk pengaplikasian teknologi demi keberkesanan dalam menguruskan sempadan.
“Malaysia dan Thailand berpuas hati terhadap kemajuan dalam tugasan yang telah diberikan sebelum ini,” katanya dalam satu hantaran dalam laman media sosialnya hari ini.

Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat itu secara bersama dengan
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Thailand, Phumtham Wechayachai.
Kali terakhir GBC bermesyuarat adalah pada tahun 2022 di Kuala Lumpur.
Sementara itu katanya, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini berhasrat untuk terus menguatkan perkongsian dalam konteks pertahanan dan keselamatan antara negara anggota, termasuk Thailand.

Melaluinya, katanya, ASEAN dapat menangani sebarang cabaran serantau dengan penuh kekuatan dan secara kolektif
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








