BERITA SEMASA

Tiada elaun latihan kepada peserta PLKN 3.0 – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan laporan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan menerima elaun RM8 sehari.

Sebaliknya, kata beliau, mereka hanya akan menerima elaun perjalanan untuk ke kem latihan, dan kembali ke kampung halaman sahaja.

“Elaun seharian setiap hari itu memang tidak ada perbincangan (dan) persetujuan.

“Sebenarnya, elaun kerajaan sedia tampung ialah tuntutan perjalanan dan tidak kepada elaun setiap hari mengikuti latihan PLKN,” katanya dalam satu sidang akhbar di Parlimen, di sini hari ini.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, kerajaan secara purata membelanjakan RM64 sehari bagi seorang peserta PLKN 3.0 bagi makan, minum, penginapan dan segala keperluan mereka.

Ditanya mengenai kebimbangan berlaku buli dalam PLKN 3.0, Khaled berkata kes itu berlaku jika wujud senior dan junior.

“Tidak ada istilah senior atau junior yang akan menyertai program (PLKN). Peserta PLKN ini datang pada sama masa,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button