Malaysia rumah kita bersama, rakyat diseru kekalkan keharmonian
KUALA LUMPUR – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya terus memelihara keharmonian dan semangat perpaduan di negara ini.
Beliau berkata, kepelbagaian kaum, agama dan budaya adalah tunjang kekuatan negara, dan isu sensitif seperti sentimen perkauman, agama serta institusi diraja tidak sepatutnya memecah-belahkan rakyat.
“Malaysia berdiri teguh kerana kepelbagaian rakyatnya. Kita lebih kuat bila kita bersama. Bersama untuk memahami, menghormati dan meraikan perbezaan yang menjadikan negara ini unik dan istimewa,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.
Beliau turut menyeru rakyat menggunakan ruang dialog dan meja rundingan dengan bijaksana sekiranya berlaku perbezaan pendapat, bukannya bertindak berdasarkan emosi.
“Marilah kita memilih jalan kebijaksanaan, menolak kebencian, dan memelihara semangat kebersamaan.
“Malaysia adalah rumah kita bersama, yang perlu dijaga dan diwariskan kepada generasi akan datang,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















