BERITA SEMASAAGAMA

Majlis Ulama Asia main peranan penting galak kesederhanaan – TPM Zahid

KUALA LUMPUR – Majlis Ulama Asia memainkan peranan penting dalam menggalakkan kesederhanaan dengan membimbing umat Islam ke jalan tengah, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, majlis itu juga aktif menentang ideologi ekstremis dan memupuk perpaduan sosial melalui dialog dan kerjasama dalam kalangan pelbagai kumpulan.

“Kesederhanaan itu penting bagi memastikan setiap umat Islam terhindar daripada ajaran ekstremisme sambil menekankan keseimbangan rohani.

“Semasa kita mengakhiri persidangan ini, mari kita komited semula untuk menegakkan nilai belas kasihan, toleransi dan empati dalam semua interaksi, menjadi contoh cemerlang kesan positif dialog dan kerjasama,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sebelum melancarkan Persidangan Majlis Ulama Asia di ibu negara hari ini.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Na’im Mokhtar serta Setiausaha Agung MWL dan Pengerusi Pertubuhan Ulama Islam, Sheikh Dr Mohammad Abdulkarim AlIssa.

Sebagai rekod, persidangan tersebut dianjurkan oleh Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Liga Dunia Islam (MWL).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button