JENAYAH & MAHKAMAH

Mahkamah Tinggi lepas, bebas Sanusi daripada tuduhan hina YDPA ke-16

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhamamd Sanusi Md Nor daripada tuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Hakim Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Masri Daud memberitahu mahkamah bahawa Jabatan Peguam Negara (AG) sudah menerima representasi Sanusi.

Pada mulanya, pihak pendakwaan mencadangkan Sanusi dilepas tanpa bebas, tetapi hakim membenarkan dia dibebaskan selepas pihak pembelaan berhujah mahkamah perlu membebaskannya memandangkan pihak pendakwaan telah menyatakan niat tidak meneruskan kes itu.

Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Kedah didakwa membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap Al-Sultan Abdullah dalam satu ceramah di Gombak pada 18 Julai 2023, dengan menyentuh pelantikan menteri besar Selangor dan penubuhan kerajaan perpaduan.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan menghasut.

Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) didakwa atas dua pertuduhan menyebut perkataan menghasut menyentuh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Al Sultan Abdullah di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak, pukul 11 malam, 11 Julai 2023.

Pada 10 Disember tahun lalu, beliau dilepaskan dan dibebaskan (DNA) oleh Mahkamah Tinggi atas satu kes menghasut yang menyentuh Sultan Selangor dalam satu ceramah politik, Julai tahun lalu.

Sultan Selangor berkenan menerima permohonan ampun dan maaf daripada Sanusa atas nama ukhuwah sesama Islam serta bangsa Melayu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button