Liga Super : PDRM FC bangkit gari DPMM FC 2-2
SELAYANG – Skuad Polis Diraja Malaysia (PDRM FC) menunjukkan semangat juang tinggi apabila berjaya bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat Brunei DPMM FC 2-2 dalam aksi pembukaan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang hari ini.
PDRM FC menurunkan barisan utama termasuk pemain import terkenal seperti Fadi Awad, Park Tae-su dan Kyaw Min Ooo.
Namun, pasukan pelawat yang dikendalikan Jamie McAllister terlebih dahulu mendahului apabila penyerang Indonesia, Ramadhan Sananta menjaringkan gol seawal minit kedua. Dua minit kemudian, Miguel Oliveira menggandakan kelebihan DPMM FC selepas menewaskan penjaga gol PDRM, Ifwat Akmal.
Tuan rumah terus menggandakan asakan dan mendapat sepakan penalti pada minit ke-23, namun percubaan pemain tengah Ahmed Israiwah gagal menembusi benteng DPMM apabila diselamatkan penjaga gol Kristijan Naumovski.
Pada babak kedua, Park Tae-su muncul wira PDRM dengan jaringan dua gol pantas pada minit ke-68 dan 72 untuk memastikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata penting.
Selepas ini, DPMM FC dijadualkan menentang Selangor FC pada Selasa ini di Stadium MB Petaling Jaya manakala PDRM FC akan berdepan Terengganu FC pada 13 Ogos.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









One Comment