Lelaki terbunuh selepas lompat masuk ke dalam enjin pesawat mahu berlepas
MILAN – Seorang lelaki terbunuh selepas dipercayai melompat masuk ke dalam enjin sebuah kapal terbang yang sedang bersedia untuk berlepas di Lapangan Terbang Milan Bergamo, hari ini.
Menurut pihak berkuasa, lelaki berusia 35 tahun itu bukan penumpang mahupun kakitangan lapangan terbang, dipercayai memasuki terminal dengan menaiki keretanya sebelum meninggalkan kenderaan itu lalu berlari ke dalam sebuah bangunan.
“Lelaki warga Itali itu kemudiannya memasuki kawasan apangan terbang tanpa tiket dan menuju ke kawasan larangan yang menghala ke landasan sebelum dua anggota polis cuba menahannya.
“Dia berjaya melepaskan diri daripada pegangan pegawai tersebut sebelum berlari ke kawasan landasan lalu melompat ke dalam salah satu enjin pesawat berkenaan,” lapor Bergamo News yang memetik sumber keselamatan.
Data dari Flightradar24 menunjukkan pesawat Volotea Airbus A319 penerbangan V73511 dari Milan ke Asturias, Sepanyol, hanya bergerak selama 1 minit 55 saat sebelum kejadian berlaku.
Pesawat berkenaan, yang enjinnya mampu berputar sehingga hampir 15,000 putaran seminit, dilaporkan sedang melakukan gerakan “pushback” untuk keluar dari kawasan parkir pesawat ketika insiden berlaku.
Insiden tersebut menyebabkan operasi landasan terpaksa dihentikan bagi membolehkan jasad lelaki itu dikeluarkan dan menyebabkan 19 penerbangan lain terpaksa dibatalkan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


