BERITA SEMASA

Lelaki kongsi gambar lama paip gas di Putra Heights

KUALA LUMPUR – Seorang individu menarik perhatian ramai apabila berkongsi gambar lama ketika terlibat dalam pemasangan paip gas yang meletup dalam insiden di Putra Heights pada 1 April lalu.

Melalui perkongsian di aplikasi TikTok oleh pengguna yang dikenali sebagai @GitarTanganKanan, dia mendakwa pernah melakukan kerja-kerja pemasangan paip gas berkenaan lebih dua dekad lalu.

Katanya ketika itu, kawasan di sekitar Putra Heghts, Subang Jaya masih dikelilingi hutan dan belum dibangunkan.

“Antara pekerja yang terlibat dalam pemasangan paip gas Putra Heights kira-kira 25 tahun lalu.

“Ketika itu, Putra Heights masih dikelilingi hutan dan tiada bangunan kedai atau taman perumahan,” tulis individu tersebut.

Menurutnya lagi, kerja-kerja pemasangan paip di kawasan itu sangat mencabar dan menguji mental serta fizikal.

“Bermacam-macam kejadian berlaku, pernah cedera di pipi hampir dengan mata, (terima) tiga jahitan akibat terkena besi cangkuk (earth) yang terjatuh dari batang paip.

“Kenangan 25 tahun lalu, tak sangka paip inilah yang meletup di Putra Heights,” katanya.

Tragedi letupan paip gas milik Petronas yang berlaku pada Hari Raya Aidilfitri kedua itu menggemparkan negara dan menyebabkan lebih 100 buah rumah terjejas teruk dengan puluhan kenderaan musnah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button