LUAR NEGARA

Lebih 50 cedera selepas taufan Shanshan landa Jepun

KYUSHU – Sekurang-kurangnya 54 orang cedera selepas taufan kuat melanda Kyushu, pulau utama di barat daya Jepun pada awal pagi tadi.

Menurut stesen televisyen Jepun NHK,
taufan Shanshan yang bergerak ke arah utara menjejaskan kira-kira 250,000 isi rumah yang terputus bekalan elektrik.

Di bandar Nagasaki, hampir 400,000 orang telah dipindahkan.

Dalam pada itu perkhidmatan keretapi Kyushu terganggu manakala perkhidmatan Japan Airlines dan All Nippon Airways dibatalkan.

Central Japan Railway juga telah mengumumkan penggantungan perkhidmatan bullet train Tokaido Shinkansen antara Mishima dan Nagoya di tengah Jepun mulai pagi Jumaat.

Taufan itu membadai berhampiran Satsumasendai di Kagoshima pada waktu pagi. Pada tengah hari, ia membadai berhampiran bandar Amakusa di wilayah Kumamoto dan bergerak ke utara dengan kelajuan 15 kilometer (9 batu) sejam dengan angin sehingga 180 kph.

Sementara itu, sekurang-kurangnya tiga orang daripada keluarga sama terbunuh dan dua lagi diselamatkan apabila tanah runtuh melanda rumah mereka di wilayah Aichi selepas hujan lebat di kawasan itu pada Selasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button