JENAYAH & MAHKAMAH

Langgar babi melintas, pembantu perawatan kesihatan maut dalam kemalangan ke tempat kerja

SUNGAI BESAR – Seorang pembantu perawatan kesihatan maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar seekor babi yang melintas di Jalan Parit 8, Sri Gambut, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6 pagi, mangsa lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad berkata, siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditunggang mangsa telah melanggar haiwan berkenaan sebelum hilang kawalan dan terbabas di atas jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada pukul 6.48 petang hari yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa mangsa dipercayai menggunakan laluan tersebut setiap hari untuk berulang-alik ke tempat kerja.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button