BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Kubur Zara Qairina dijangka digali semula petang ini

KOTA KINABALU – Proses penggalian semula kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Tanah Perkuburan Tanjung Hubi, Mesapol, Sipitang dijangka dilakukan petang ini.

Peguam keluarga, Hamid Ismail berkata, pihaknya sedang dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar bagi menguruskan permohonan rasmi sebelum tindakan itu dilaksanakan.

“Selepas urusan di IPD Papar selesai, proses penggalian semula akan dijalankan bagi membolehkan bedah siasat dilakukan,” katanya memetik laporan BH online.

Semalam, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan pihak berkuasa menggali semula kubur pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar itu selepas meneliti laporan penuh siasatan awal Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Arahan itu bertujuan memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh serta mendapatkan bukti tambahan termasuk punca sebenar kematian remaja berusia 13 tahun itu yang dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama pada 16 Julai lalu.
Mangsa ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

Sebelum itu, ibu Allahyarham Noraidah Lamat, 45, memohon kubur anaknya digali semula bagi mendapatkan jawapan dan keadilan.

Pada 31 Julai lalu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun memaklumkan pihaknya tidak menolak kemungkinan unsur buli terlibat dalam kejadian berkenaan.

AGC sebelum itu menerima laporan penuh siasatan awal pada 3 Ogos di Cawangan Sabah dan 4 Ogos di Putrajaya sebelum menyerahkannya semula kepada PDRM untuk melengkapkan siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button