POLITIK

Kuasa adalah amanah, bukannya keistimewaan – Presiden PKR

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kuasa adalah amanah yang mesti dipikul dengan matlamat membawa perubahan yang bermakna untuk rakyat.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, parti itu berpasak atas semangat islah yang kuat, iaitu usaha untuk mengembalikan sesuatu keadaan kepada keadaan yang betul, tepat dan sesuai.

“Selalu saya ingatkan kepada semua bahwa kuasa adalah amanah dan bukan keistimewaan.

“Justeru, hak dan kebajikan rakyat mesti yang terutama dalam membentuk kebijakan.

“Tugas dan tanggungjawab yang digalas hari ini adalah amanah yang mesti kita pikul sebaiknya dengan matlamat membawa perubahan yang bermakna,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook PKR, hari ini.

Anwar seterusnya mengucapkan selamat ulang tahun ke-25 kepada semua anggota dan pimpinan parti.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button