KPT rai delegasi Forum Menteri-Menteri Pendidikan Tinggi ASEAN sempena FOI Putrajaya 2025
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan bahawa kepercayaan dan persahabatan erat antara negara anggota ASEAN menjadi asas penting dalam memperkukuh kerjasama strategik pendidikan tinggi serantau bagi mencapai matlamat bersama.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts Mustapha Sakmud berkata, jalinan tersebut bukan sekadar simbolik tetapi merupakan kunci kepada kejayaan pelaksanaan inisiatif bersama yang memberi manfaat kepada pembangunan pendidikan tinggi di rantau ini.
Beliau menyampaikan mesej berkenaan ketika meraikan para delegasi pada Majlis Makan Malam Jalinan Menteri-Menteri Pendidikan Tinggi ASEAN yang diadakan di Putrajaya River Cruise, malam tadi.

Menurutnya, majlis santai itu diadakan bagi membina hubungan dan memperkukuh kepercayaan antara negara anggota, menjelang Forum Menteri-Menteri Pendidikan Tinggi ASEAN 2025 yang akan berlangsung hari ini.
“Hubungan persahabatan dan kepercayaan yang kukuh menjadi pelengkap penting kepada rangka kerja strategik yang digariskan untuk memacu kecemerlangan pendidikan tinggi di rantau ini,” katanya.
Majlis berkenaan diadakan bersempena Festival Idea Putrajaya 2025 serta Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 yang menekankan kerjasama serantau dalam bidang pendidikan, inovasi dan pembangunan modal insan.
Turut hadir Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn; Duta Besar Republik Filipina ke Malaysia, Maria Angela Abrera Ponce; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Datuk Dr Aji Megat Sany Megat Ahmad Supian; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Datuk Ts Dr Mohd Nor Azman Hassan; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr Azlinda Azman; Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Dr Shamsuri Abdullah serta pengurusan tertinggi kementerian.
FOI Putrajaya 2025 dianjurkan buat kali kedua oleh KPT dan akan berlangsung sehingga 8 November ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








