BERITA SEMASA

KPM tidak pasif, semua reformasi dibentang di Kabinet – Fadhlina

SELAYANG – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak pernah berdiam diri atau gagal bertindak sepanjang pentadbiran Kerajaan Perpaduan, sebaliknya semua dasar serta reformasi penting telah dibincang dan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Menjawab sindiran bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, Fadhlina menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa dimaklumkan mengenai hala tuju dan pembaharuan yang dirancang kementeriannya.

“Tidak ada satu pun dasar utama yang kita tidak bentangkan. Semua perkara termasuk reformasi telah dibawa ke peringkat Kabinet,” katanya kepada media selepas menghadiri satu program di sini, hari ini.

Kenyataan itu hadir susulan kritikan Rafizi minggu lalu menerusi program podcast ‘Yang Berhenti Menteri’, di mana beliau mempertikaikan ketiadaan kerangka dasar utama KPM walaupun Kerajaan Perpaduan telah mentadbir lebih dua tahun.

Rafizi turut membandingkan pencapaiannya sebagai Menteri Ekonomi, mendakwa 80 peratus perancangannya telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri termasuk pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13, dasar gaji progresif dan reformasi fiskal.

Related Articles

Bekas Timbalan Presiden PKR itu juga mengalihkan kritikan terhadap KPM ketika menjawab persoalan berhubung keputusan mengejutnya meletak jawatan selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar dalam pemilihan parti bulan lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button