KPDN perluas program Menu Rahmah di Hospital Tuanku Jaafar Seremban
SEREMBAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluas inisiatif Menu Rahmah @ Hospital ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban, menjadikannya hospital kedua di negara ini selepas Hospital Tuanku Fauziah di Perlis.
Timbalan Menterinya, Datuk Fuziah Salleh dalam satu kenyataan hari ini, menyeru lebih banyak hospital kerajaan mahupun swasta di seluruh negara menyertai program tersebut.
“Menu RAHMAH @ Hospital bukan sekadar usaha menurunkan kos sara hidup, tetapi ia adalah komitmen kerajaan untuk memastikan setiap pesakit, pengunjung dan warga kerja hospital dapat mengakses makanan berkualiti, sihat dan berpatutan,” katanya.
Terdahulu, Fuziah menyempurnakan Majlis Pelancaran Menu Rahmah @ Hospital di kafeteria HTJ, hari ini.
Fuziah berkata, sejak Januari 2023, lebih 3,106 premis makanan di seluruh negara telah menyertai Menu RAHMAH di bawah Payung RAHMAH Kerajaan MADANI.
“Inisiatif ini telah memberi peluang kepada golongan B40, pelajar, warga emas serta pekerja menikmati makanan seimbang dan sihat pada harga serendah RM5,” katanya.
Selain di hospital, Fuziah berkata, KPDN turut memperluas inisiatif ini melalui Menu RAHMAH @ Bazar Ramadan RAHMAH, Menu RAHMAH @ Industri, Menu RAHMAH @ Institusi Pendidikan, serta advokasi berterusan menerusi Karnival KPDN dan Program MADANI Rakyat.
“Hari ini kita membuktikan bahawa semangat Malaysia MADANI bukan sekadar slogan, tetapi sebuah gagasan yang menzahirkan Ihsan iaitu sikap belas kasihan dan kepedulian kerajaan kepada rakyat,” ujarnya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








