Konflik Asia Barat: Anwar hubungi PM Kuwait, Menteri Luar Oman zahir rasa simpati
PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan simpati serta sokongan Malaysia kepada Kuwait dan Oman yang berdepan cabaran terhadap kedaulatan, dan keselamatan dan infrastruktur negara akibat konflik di Asia Barat melibatkan Israel-Amerika Syarikat (AS) dan Iran.
Perdana Menteri berkata, ucapan simpati itu disampaikan sewaktu perbualan dengan Perdana Menteri Kuwait, Sheikh Ahmad Abdullah Al-Ahmad Al-Sabah dan Menteri Luar Oman, Sayyid Badr Albusaidi.
“Kesempatan ini juga saya sampaikan penghargaan di komitmen kedua-dua kerajaan dalam memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia yang berada di sana.
“Malaysia juga turut menyanjungi usaha murni Oman yang berusaha keras menjayakan proses mediasi di antara Kerajaan AS dan Iran,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu Anwar berkata, Malaysia, Kuwait dan Oman sependapat bahawa semua pihak perlu mengutamakan pendekatan damai dan menahan diri daripada tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.
Anwar juga berharap dengan keberkatan Ramadan dapat memperkukuh perpaduan ummah serta membuka jalan ke arah keamanan dan kestabilan yang lebih berkekalan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















