BERITA SEMASAGAYA HIDUP

Kita tidak perlukan walaupun segelas alkohol – PHM

KUALA LUMPUR – Public Health Malaysia (PHM) menarik perhatian netizen apabila berkongsi status mengenai Malaysia yang terkenal kerana keunikan budaya, bukannya alkohol.

“Malaysia bukan negara bar dan pesta malam. Kita dikenali kerana rasa nasi lemak, tenangnya pulau dan senyuman rakyatnya yang menyambut mesra tanpa perlu segelas pun alkohol.

“Setiap tahun, jutaan pelancong datang bukan mencari mabuk, tapi mencari damai.

“Mereka datang kerana budaya kita hidup, kerana keindahan alam yang suci dan rakyatnya yang berhati bersih,” tulis PHM menerusi hantaran di Facebook semalam.

PHM turut menekankan impak negatif alkohol terhadap kesihatan awam.

“Di sebalik gelas yang nampak kecil, alkohol membawa beban besar kepada kesihatan awam, meningkatkan risiko kanser hati, kemalangan jalan raya, keganasan rumah tangga dan gangguan mental.

“Malaysia tidak perlukan itu. Negara ini sudah cukup mempesona dengan nilai, sopan santun dan akal yang waras.

“Kita Truly Asia, Tolak Alkohol,” tambah kenyataan tersebut.

Hantaran tersebut berjaya meraih 25,000 reaksi, 1,600 komen dan 9,600 perkongsian semula.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pandangan tersebut.

“Teringat ada satu omputih (orang putih), bila datang sini dia kata banyak air buah, limpahan makanan tradisi sampai dia lupa pada alkohol. Itu kekuatan Malaysia. Dia ibaratkan jadi budak baik datang sini. Fikirkanlah,” tulis Muhammad Amzari Husaini.

“No alcohol, no vape, no smoke,” komen Wena Weng pula

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button