Kestabilan politik pacu keyakinan pelabur, perkukuh ekonomi negara – Mohamad Sabu
PUTRAJAYA – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan, kestabilan kerajaan ketika ini berjaya meningkatkan keyakinan pelabur untuk terus memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Beliau berkata, peningkatan pelaburan akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat selain menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.
Mohamad berkata demikian menerusi hantaran di Facebook selepas menghadiri Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Menurutnya, fokus utama Perdana Menteri dalam mesyuarat tersebut adalah untuk terus memajukan ekonomi negara di samping memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.
“Apabila pelaburan bertambah, lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan ekonomi negara terus berkembang.
“Sebab itu kita mesti terus menjaga keamanan, mengekalkan kestabilan politik dan memperkukuh perpaduan rakyat.
“Hanya dengan negara yang aman dan stabil, kita mampu membina masa depan yang lebih baik untuk semua,” katanya.
Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Malaysia akan terus mencatat kemajuan sekiranya keamanan, kestabilan politik dan perpaduan rakyat terus dipelihara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








