Kes remaja hilang ketika memancing di Sungai Kuantan tiada kaitan serangan buaya – Pengarah JBPM Pahang
KUANTAN – Kes kehilangan remaja lelaki ketika memancing di Sungai Kuantan berhampiran Sekolah Kebangsaan Sungai Talam, di sini petang semalam, tidak mempunyai mempunyai kaitan dengan serangan buaya.
Menruut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Razam Taja Rahim, setakat ini pihaknya tidak menemukan sebarang bukti kukuh berkaitan reptilia berkenaan dalam kes itu.
“Jangan buat sebarang spekulasi yang mungkin boleh menyebabkan keadaan yang lebih panik dan tidak selesa kepada ahli keluarga mangsa.
“Kita kena ambil sentimen perasaan keluarga dan juga keselamatan penduduk di sekitar kawasan ini,” katanya, hari ini.
Spekulasi itu timbul apabila terdapat hantaran di media sosial memaklumkan kes remaja lelaki lemas itu dikatakan mempunyai kaitan dengan kehadiran buaya yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk.
Mengenai operasi pencarian mangsa yang memasuki hari kedua, Mohd Razam berkata, sebuah dron turut digunakan dalam operasi pencarian mangsa, Muhammad Isyraf Danish Razmi, 15.
Selain JBPM, operasi mencari turut membabitkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (ATM) yang keseluruhannya membabitkan 42 anggota.
“Operasi SAR diperluaskan pada jarak lima kilometer dari lokasi pelajar tingkatan tiga itu dilaporkan lemas.
“Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) turut berada di lokasi untuk membantu operasi pencarian,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








