BERITA SEMASA

Kes keracunan makanan, 11 masih dirawat di hospital

KUALA SELANGOR – Seramai 11 mangsa yang mengalami keracunan makanan pada satu program di Gombak, Sabtu lalu masih menerima rawatan di wad hospital kerajaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kesemua yang terkesan dilaporkan dalam keadaan stabil dan kini masih menerima rawatan.

Menurutnya, setakat ini seramai 105 individu telah mendapatkan rawatan selepas mengalami gejala keracunan makanan.

“Sehingga kini, kes (keracunan makanan) di Gombak masih dirawat di wad dan tiada kesan serius,” katanya memetik Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Penyampaian Sumbangan Pek Kasih Mama di Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Puncak Alam, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya mengesan kewujudan bakteria Salmonella dalam sampel najis yang diambil dari kes berkenaan.

Bagaimanapun, pihaknya masih menunggu lanjutan keputusan sampel lain daripada individu yang ditahan di wad hospital itu.

“Buat sementara waktu ini, (kes dirawat di wad) kita kenal pasti keracunan makanan berpunca daripada bakteria Salmonella,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button