JENAYAH & MAHKAMAH

Kes bunuh lima sekeluarga: Jenazah dijangka dikebumikan selepas Zohor hari ini

KUANTAN – Jenazah lima sekeluarga yang ditemukan maut dalam kejadian tragis di Taman Cherating Damai semalam dijangka dikebumikan di tanah perkuburan di Cherating selepas solat Zohor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asistan Komisioner Ashari Abu Samah berkata, proses bedah siasat bagi tiga lagi mangsa sedang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bermula pukul 8.45 pagi tadi.

Menurutnya, bedah siasat terhadap lelaki berusia 32 tahun yang dipercayai membunuh ahli keluarganya serta isterinya berusia 28 tahun telah selesai dijalankan semalam.

Asistan Komisioner Ashari Abu Samah.

“Baki tiga lagi mayat ialah ibu suspek berusia 55 tahun dan dua anak perempuannya masing-masing berusia tiga dan empat tahun.

“Semua mayat akan diserahkan kepada keluarga sebaik sahaja proses bedah siasat selesai untuk urusan seterusnya,” katanya memetik laporan BH Online.

BACA JUGA:

5 sekeluarga ditemukan mati dibunuh

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi semalam, suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dipercayai membunuh empat ahli keluarganya sebelum bertindak menamatkan riwayat hidupnya sendiri di rumah teres setingkat mereka di Taman Cherating Damai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button