Keputusan AGC buktikan kes libatkan Zahid Hamidi bermotif politik tanpa bukti mencukupi – Dr Akmal
PUTRAJAYA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Salleh mengucapkan kesyukuran selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) terhadap 47 pertuduhan rasuah berkait dana Yayasan Akalbudi membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, keputusan itu membuktikan pertuduhan yang dikenakan terhadap Presiden UMNO itu bermotifkan politik.
“Alhamdulilah akhirnya kebenaran terjawab juga. Kenyataan AGC berdasarkan penilaian dan pertimbangan pendakwaan, mendapati bahawa keterangan yang ada tidak mencukupi untuk menyokong penerusan pendakwaan bagi kesemua pertuduhan tersebut membawa maksud selama ini pertuduhan terhadap beliau adalah bermotifkan politik tanpa mengira asas bukti yang mencukupi.
“Akhirnya terjawab juga setelah sekian lama. Doa orang yang teraniaya pasti dimakbulkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu AGC dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu selaras kuasa serta budi bicara Peguam Negara bawah Perlembagaan dan undang-undang berkaitan.
Katanya, keputusan diambil berasaskan pertimbangan profesional dan undang-undang dengan mengambil kira kepentingan keadilan, integriti proses pendakwaan serta keperluan memastikan kepastian dan ketelusan sistem keadilan jenayah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








