BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Tanah jerlus: Ahli keluarga mahu tatap wajah mangsa buat kali terakhir

KUALA LUMPUR – Ahli keluarga kepada wanita warga India yang hilang dalam kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini sedia menerima sebarang kemungkinan namun masih berharap jasad Vijayaletchumy, 48, ditemukan.

Perkara itu dinyatakan oleh suami mangsa, Mathavan kepada Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Arvend Appiasamy ketika mengadakan pertemuan dengan ahli keluarga mangsa.

Arvend berkata, dalam pertemuan dengan Mathavan, beliau menyatakan mereka sekeluarga sedia menerima apa-apa keputusan perkhabaran namun masih mahu menatap wajah isterinya buat kali terakhir.

“Dalam pertemuan itu mereka sudah faham dan sudah sedia menerima hakikat apa yang berlaku.

“Cuma yang menyentuh hati saya apabila mereka menyatakan harapan untuk lihat wajah Vijayaletchumy buat kali terakhir, ” katanya kepada media di sini hari ini.

Arvend berkata, ahli keluarga juga meminta saya supaya menjadi ‘push factor’ supaya operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan.

Katanya, pada pertemuan itu juga beliau telah memaklumkan semua visa ahli keluarga mangsa telah dilanjutkan sebulan lagi seperti diarahkan oleh Ahmad Zahid.

“Saya juga diminta oleh Ahmad Zahid supaya menyantuni keluarga ini dan menyampaikan sumbangan bagi meredakan kesedihan mereka,” katanya.

Dalam kejadian Jumaat lalu, Vijayaletchumy jatuh ke dalam lubang pembentungan ketika melalui laluan pejalan kaki di Jalan Masjid India.

Usaha SAR yang masuk hari ke empat hari ini bagaimanapun masih gagal menemui mangsa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button