POLITIK

‘Kalau saya menang, satu Malaysia kenal saya’ – Khizri

SIK – Calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Jeneri, Muhamad Khizri Abu Kassim menganggap tiada tekanan ke atas dirinya walaupun berhadapan dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau bahkan menganggap, kekalahan itu sebagai ‘perkara biasa’ namun jika menang pasti nama beliau akan terkenal di seluruh negara.

“Saya tak ada apa-apa kerisauan atau kegentaran kerana saya menentang MB, beban itu bukan kepada saya, kalau saya kalah itu perkara biasa.

“Tetapi kalau saya menang rakyat Malaysia akan mengenali dan mengingati saya untuk lima tahun, saya optimis dan yakin beri cabaran kepadanya (Sanusi),” katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah Sik, hari ini.

Bagi perebutan kerusi DUN Jeneri, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pertandingan satu lawan satu antara Khizri yang juga Ketua Bahagian UMNO Sik dan Sanusi.

Pada PRU14, Sanusi memenangi kerusi DUN Jeneri dengan majoriti 10,626 undi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button