Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 9,129 orang
ALOR SETAR – Banjir yang semakin memburuk di negeri ini menyaksikan bilangan mangsa meningkat kepada 9,129 orang setakat tengahari ini berbanding 8.580 orang malam tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah memaklumkan, daerah Kota Setar merekodkan bilangan mangsa tertinggi iaitu 3,301 orang membabitkan penempatan di 13 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Daerah kedua adalah Kubang Pasu dengan 2,824 mangsa (16 PPS), Sik dengan 1,120 mangsa (8 PPS) dan Padang Terap pula membabitkan 1,050 mangsa di 9 PPS.
Selain itu, Pokok Sena mencatatkan 614 mangsa di 4 PPS, Kuala Muda dengan 182 mangsa di 2 PPS serta Baling pula 33 mangsa satu PPS.
Mangsa dari mukim Tawar di daerah Baling dipindahkan ke PPS yang diaktifkan pada hari ini di Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil.
Sementara itu, daerah Baling turut mencatatkan mangsa banjir dipindahkan ke PPS menjadikan tujuh daerah terjejas di Kedah setakat ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








