JENAYAH & MAHKAMAH

JKDM patahkan cubaan seludup 10 tan beras

PELABUHAN KLANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor berjaya mematahkan cubaan menyeludup 10 tan beras bernilai RM238,000 termasuk cukai di kawasan Zon Bebas, di sini 20 Mac lalu.

Pemangku Pengarah JKDM Selangor, Tun Norlela Azumi Ramli berkata, beras itu ditemukan anggotanya ketika pemeriksaan terhadap sebuah kontena bersaiz 20 kaki.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan telah menemukan komoditi beras yang dipercayai diimport tanpa Permit Import. Jumlah keseluruhan beras yang terlibat adalah sebanyak 10,000 kg.

“Jumlah nilai rampasan adalah dianggarkan sebanyak RM170,000.00 dengan duti dan cukai berjumlah RM68,000.00.

Jelasnya, tindakan ini melanggar kesalahan kerana pengimportan beras memerlukan permit dikeluarkan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) seperti digariskan di bawah Butiran 25, Bahagian I, Jadual Ketiga, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

“Hasil semakan mendapati komoditi beras itu telah diikrarkan antaranya sebagai campuran daun dan rempah bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Ia seterusnya telah mengelak keperluan permit import BERNAS,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam operasi sama, katanya JKDM turut merampas 7,320 liter ethyl alcohol bernilai RM117,229 dalam pemeriksaan berasingan di kawasan sama.

Katanya, barangan tersebut yang disyaki berasal dari benua Eropah didapati tidak mempunyai permit import.

“Kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 135 (1)(a) dan Seksyen 133 (1)(a) Akta Kastam 1967,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button