BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Dua didenda RM3,000 buat komen berbaur lucah

SEPANG – Dua lelaki didenda RM3,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membuat komen lucah terhadap anak kepada pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri mengenai isu bersunat di United Kingsom (UK) di laman Facebook sebuah portal berita pada Disember 2022.

Shahrulamin Abdullah, 41, dan Mohd Rasul Abd Razak, 44, masing-masing mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Fuad Othman.

Sementara itu, seorang lagi tertuduh, Nasir Kadiri, 57, lebih dikenali sebagai Bro Nasir, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka didakwa secara berasingan memuat naik komen berunsur lucah pada hantaran Facebook “Roti Kaya” berkaitan isu sunat di United Kingdom.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nazhzilah Mohammad Hashim dalam hujahnya meminta mahkamah mengambil kira kepentingan awam dalam memastikan bahawa komen berunsur lucah seperti ini tidak diterima dalam masyarakat.

Beliau turut menggesa mahkamah memberikan hukuman yang setimpal agar mesej jelas disampaikan kepada masyarakat.

Semua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 kepada Shahrulamin dan Mohd Rasul, dengan syarat jika gagal membayar denda dalam tempoh yang ditetapkan, mereka akan dikenakan hukuman penjara selama satu bulan.

Mahkamah turut membenarkan Nasir diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada tarikh yang ditetapkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button