BERITA SEMASA

Jangkitan tibi di Selangor terkawal

SHAH ALAM – Selangor sedang memantau empat insiden wabak tibi aktif di negeri ini menerusi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berkaitan.

Menurut Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin, kesemua wabak tersebut adalah berskala kecil dan terkawal sepenuhnya, tanpa penularan meluas atau kematian dilaporkan.

“Langkah-langkah pencegahan dan kawalan telah dan sedang dilaksanakan secara menyeluruh, termasuk pengesanan kes secara aktif di lokaliti terlibat.

“Selain itu, pengasingan serta rawatan pesakit di fasiliti kesihatan dan pemantauan pematuhan rawatan sehingga tamat tempoh rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menjelaskan, hasil tindakan pantas dan bersepadu ini telah berjaya mengawal penularan penyakit serta risiko penyebaran lanjut dapat diminimumkan.

Sebanyak 424 kes tibi telah didaftarkan di Selangor bagi tempoh Minggu Epidemiologi (ME) 1 hingga 4 pada tahun ini berbanding 443 kes bagi tempoh sama pada tahun 2025 sekali gus menunjukkan penurunan sebanyak 19 kes.

“Insentif rawatan tibi sebanyak RM800 tahun ini sebagai usaha berterusan memerangi penularan penyakit itu dalam kalangan rakyat Selangor terutamanya di golongan B40.

“Pada tahun lalu, seramai 628 pesakit telah menerima manfaat melalui insentif rawatan tibi ini seterusnya membantu meringankan beban kewangan mereka sepanjang tempoh rawatan,” katanya.

Pesakit yang ingin memohon boleh membuat pendaftaran di pautan ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button