BERITA SEMASA

Jangan lupakan Palestin – GAMIS gesa solidariti mahasiswa

KUALA LUMPUR – Isu Palestin tidak boleh dibiarkan tenggelam daripada perhatian masyarakat, demikian tegas Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Azamuddin Sahar pada himpunan solidariti di perkarangan Masjid Asy-Syakirin, KLCC, selepas solat Jumaat hari ini.

Himpunan anjuran GAMIS itu menghimpunkan kira-kira 200 mahasiswa dari pelbagai universiti tempatan sebagai tanda sokongan berterusan kepada rakyat Palestin yang masih berdepan penindasan rejim Zionis.

Menurut Azamuddin, mesej yang dibawa oleh pertubuhan itu adalah golongan muda tidak sesekali akan berdiam diri dalam isu kemanusian.

Himpunan Solidiriti Mahasiswa untuk Palestin anjuran GAMIS

“Isu Palestin tidak harus disenyapkan atau dilupakan. Mahasiswa akan terus mengingatkan seluruh rakyat dan kerajaan tentang kepentingan perjuangan membebaskan Palestin,” katanya kepada Malaysia Tribune hari ini.

Tambah beliau, menunjukkan solidariti tidak terletak pada bahu mahasiswa semata-mata tetapi seluruh masyarakat juga perlu menzahirkan pendirian menentang kezaliman yang berlaku.

Gamis
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Azamuddin Sahar.

“Harapan kami agar kerajaan memberikan mesej yang jelas kepada Israel dan sekutunya supaya peperangan ini dihentikan serta-merta,” katanya lagi.

Beliau turut menggesa seluruh mahasiswa di negara ini agar meneruskan boikot dan tindakan solidariti dalam pelbagai bentuk sebagai usaha menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Himpunan solidiriti Mahasiswa Palestin

“GAMIS akan terus komited menjadi suara mahasiswa dalam memperjuangkan isu itu demi saudara seagama kita di bumi Palestin,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button