BERITA SEMASA

Jangan hina, doakan pejuang Gaza – Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur segelintir pihak yang memperlekehkan usaha wira dan wirawati Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza baru-baru ini.

Anwar berkata, tindakan mereka yang berani menyertai misi tersebut wajar dihargai dan didoakan, bukannya dihina atau dipandang serong.

“Manusia jenis apa kamu ini? Kamu tidak berani pergi, tetapi yang berani itu kamu hina.

:Orang yang sanggup bangkit dan berjuang untuk Gaza sepatutnya kita tabik dan doakan, itu serendah-rendah yang kita mampu lakukan,” katanya ketika berucap pada Himpunan Solidariti Bersama Gaza di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.

Anwar turut menzahirkan rasa bangga terhadap keberanian peserta GSF yang berjaya menarik perhatian dunia terhadap isu kekejaman rejim Zionis.

“Pelayaran ini menggemparkan dunia. Kini satu dunia bercakap tentang keberanian mereka dan selepas ini mereka pula diminta mengatur misi seterusnya,” katanya lagi.

Beliau turut berkata, kerajaan Malaysia akan terus menyuarakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin dan mendesak supaya penindasan rejim Zionis dihentikan segera.

Himpunan tersebut turut menzahirkan solidariti terhadap sembilan rakyat Malaysia yang masih ditahan tentera Israel selepas kapal mereka dipintas ketika dalam perjalanan ke Gaza.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button