BERITA SEMASADALAM NEGERI

Jangan bagi ruang ‘buat lepas itu minta maaf’ – Dr Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh mahu mana-mana pihak yang mencetuskan isu perkauman di negara ini dikenakan tindakan undang-undang dan tidak berakhir dengan hanya permohonan maaf.

Dalam satu hantaran akaun Facebooknya, beliau menegaskan bahawa tindakan menghina sesama kaum perlu dikenakan tindakan sebagai pengajaran kepada pihak lain.

“Saya minta tindakan seperti ini yang menghina antara kaum perlu dikenakan tindakan undang-undang bukan hanya berakhir dengan meminta maaf sahaja.

Tidak kira siapa pelakunya,tindakan undang-undang perlu dikenakan agar menjadi pengajaran kepada pihak yang lain,” katanya sebentar tadi.

Petikan berita dari Instagram Radio Astro yang dikongsikan Dr. Akmal Saleh dalam hantaran Facebooknya, pagi ini.

Hantaran itu dibuat merujuk kepada tindakan seorang peniaga yang memaparkan kenyataan berbaur perkauman kerana tidak mahu menjual jagung bakarnya kepada orang India seperti yang tular dalam media sosial semalam.

Bagaimanapun semalam, peniaga berkenaan tampil dalam satu video memohon maaf di atas tindakannya itu dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya.

Dr Akmal berkata, tindakan tegas perlu diambil supaya tidak ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk mengulangi perkara yang sama.

“Kalau tidak, budaya sebegini yang buat dulu lepas tu minta maaf akan semakin berleluasa dan semakin mudah golongan-golongan ini terlepas!,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button