AGAMABERITA SEMASA

JAKIM tegas larang homoseksual, umat Islam diingat pelihara fitrah

KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini diingatkan agar menjauhi perbuatan yang melanggar fitrah, susulan serbuan polis menahan 208 individu di sebuah kelab kesihatan dipercayai menjadi pusat aktiviti seksual songsang di Chow Kit, kelmarin.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan, Allah SWT telah menyatakan dalam al-Quran bahawa mendatangi sesama jenis adalah perbuatan yang melampaui batas fitrah manusia.

Tegas jabatan itu, perbuatan menyalahi aturan bukan sahaja berdosa, malah membawa kesan besar kepada diri serta masyarakat.

“Perbuatan yang menyalahi aturan Ilahi bukan sekadar dosa, tetapi membawa kesan besar kepada masyarakat dan diri sendiri.

“Peliharalah maruah diri. Ikutilah fitrah yang Allah tetapkan. Itulah jalan selamat menuju reda-Nya,” kata JAKIM dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Homoseksual
Foto Facebook JAKIM

Terdahulu, serbuan di kelab kesihatan
dilakukan KL Strike Force Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas dua minggu risikan serta pemantauan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Azani Omar berkata, premis dua tingkat itu dipercayai beroperasi sejak lapan hingga 10 bulan dan dibuka dari pukul 5 petang hingga 11 malam pada hari bekerja, manakala hujung minggu bermula jam 3 petang hingga 11 malam.

Beliau berkata, pusat kesihatan berkenaan turut mempromosikan premis itu melalui platform sosial seperti TikTok serta hebahan pelanggan tetap.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button