AGAMABERITA SEMASALUAR NEGARA

Persenda Islam : Suji dikecam guna visual masjid dalam persembahan Waterbomb

SEOUL – Festival muzik popular Korea Selatan, Waterbomb Seoul 2025, mencetuskan kemarahan warganet Muslim susulan persembahan seorang pelawak wanita yang disifatkan menghina simbol serta nilai Islam.

Lee Suji menerima kecaman selepas muncul di pentas dengan pakaian mencolok mata dan tarian berunsur seksi dengan berlatarbelakangkan visual masjid, kalimah Allah serta simbol keagamaan lain.

Insiden itu berlaku ketika Suji mempersembahkan lagu Like Jennie yang dipopularkan anggota kumpulan Blackpink.

Tindakan tersebut mencetuskan reaksi kurang senang, khususnya dalam kalangan komuniti Muslim di platform media sosial yang menganggap persembahan itu sebagai tidak sensitif dan menghina kesucian agama.

Rakaman persembahan itu tular selepas dimuat naik oleh pengguna di platform media sosial yang meluahkan rasa kecewa terhadap kandungan visual dan tindakan Suji di atas pentas.

“Saya berasa amat kesal, seolah-olah agama kita sengaja dipersendakan,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Ruangan komen hantaran itu dipenuhi kecaman daripada warganet yang rata-ratanya menuntut permohonan maaf dan penjelasan segera daripada selebriti terbabit.

“Suji, agama saya bukan untuk anda perolok-olokkan,” tulis seorang pengguna.

“Menggunakan kalimah Allah dalam persembahan Waterbomb jelas menunjukkan ketidakhormatan terhadap umat Islam. Agama saya bukan untuk dipermainkan,” tegas seorang pengguna lain di ruangan komen.

Sehingga kini, penganjur Waterbomb dan Lee Suji masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai insiden berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button