BERITA SEMASA

Isu pembatalan NSM: KDA mahu bincang isu tuntutan RM1.06 bilion

KOTA TINGGI – Syarikat Kongsberg Defence & Aerospace AS (KDA) sudah memohon untuk berbincang dengan Kementerian Pertahanan bagi menyelesaikan tuntutan RM1.06 bilion berikutan pembatalan perolehan peluru berpandu anti kapal Naval Strike Missile (NSM) bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun menegaskan, pihaknya tidak akan membenarkan perbincangan itu dijadikan alasan atau taktik untuk melengah-lengahkan proses penyelesaian tuntutan berkenaan.

“Pihak syarikat iaitu KDA ada memohon untuk berbincang dengan kita tetapi walaupun kita kata boleh berbincang, kita tidak mahu ia dijadikan sebagai satu taktik untuk melengah-lengahkan proses tuntutan yang dibuat sebelum ini.

“Kita sentiasa sedar dan berwaspada jika ada taktik sedemikian yang digunakan supaya kita tidak terperangkap,” katanya selepas menghadiri Program Ilmiah Keagamaan Masyarakat (PIKAT) di FELDA Air Tawar 2, di sini hari ini.

Berikutan pembatalan perolehan itu, Malaysia sudah mengenal pasti calon daripada empat negara bagi menggantikan sistem persenjataan buatan Norway itu.

Mohamed Khaled berkata, satu pasukan penilai dianggotai pegawai TLDM sudah ditubuhkan bagi mengenal pasti calon daripada Turkiye, Korea Selatan dan dua buah negara di Eropah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button