JENAYAH & MAHKAMAH

Inspektor dipercayai minta habuan seks ditahan

Turut terlibat kes rogol

SUNGAI PETANI – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor yang disyaki terbabit kes rogol, selain meminta suapan serta habuan seks sudah ditahan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda berusia 29 tahun itu ditahan selepas dua laporan berasingan dibuat terhadapnya pada 3 dan 4 Julai lalu, termasuk satu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pegawai berkenaan yang masih bujang menggunakan pengaruhnya sebagai pegawai penyiasat untuk mendapatkan perkhidmatan seksual daripada individu berkaitan siasatan.

“Saya mengesahkan kes ini masih dalam siasatan… dalam kes pelanggaran disiplin, kita sedang jalankan siasatan bersama SPRM.

“Suspek kini direman empat hari bagi membantu siasatan dan selepas ini akan diserahkan kepada SPRM untuk siasatan pihak terbabit,” katanya, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan.

Buat masa ini, katanya, siasatan tertumpu kepada dua kemungkinan sama ada pegawai itu menyalahgunakan kedudukan sebagai pegawai penyiasat untuk memaksa mangsa, atau adakah berlaku hubungan seksual yang tidak mendapat kerelaan.

“Kita syak pegawai berkenaan mungkin guna kuasa dan pengaruhnya untuk mendapatkan habuan seks daripada mangsa,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button