
Inisiatif Gerak Rahmah tingkatkan aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawanan
BELAGA – Inisiatif Gerak Rahmah yang dilancarkan baru-baru ini bertujuan untuk memperkasa, mempertingkat dan mempergiatkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawanan dalam komuniti.
Inisiatif yang dilancarkan oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang tersebut berlangsung di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Uma Belor, Sungai Asap, Belaga, dan menyaksikan penglibatan seramai 500 orang dari 12 KRT.
Untuk rekod, pelancaran program tersebut turut berlangsung serentak di 4,200 lokasi KRT seluruh negara.
“Sejak dilancarkan di Gemas, Negeri Sembilan dengan aktiviti pertama adalah program Jom Sihat, kini, lebih 50 peratus KRT di seluruh negara telah terlibat dalam setiap program Gerak Rahmah yang dilaksanakan dan dijangkakan akan terus meningkat.
“Jika suatu kawasan kita anggarkan mempunyai bilangan isi rumah 1,500 orang setiap kawasan menjadikan jumlah ahli yang berada di kawasan Rukun Tetangga sahaja telah berjumlah sebanyak 13 juta orang.
“Jumlah ini menjadikan KRT sebagai agen perpaduan yang penting dalam komuniti selaras dengan tagline ‘KRT sebagai tonggak perpaduan,” kata Aaron dalam ucapan perasmiannya.
Beliau seterusnya menambah, aktiviti gotong-royong bukan sahaja dapat menyemarakkan semangat kejiranan tetapi juga dapat meningkatkan tahap kesedaran mengenai kepentingan menjaga dan memulihara alam sekitar dan mengelak penularan kes-kes demam denggi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








