BERITA SEMASA

Astro beri komitmen rancakkan Kempen Cakap Baik-Baik – Aaron

KUALA LUMPUR – Kumpulan Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) menyatakan komitmen untuk merancakkan lagi Kempen Cakap Baik-Baik sebagai usaha untuk memupuk budaya dan amalan baik dalam kalangan masyarakat di platform TV dan Radio.

Perkara itu dizahirkan dalam pertemuan Menteri Perpaduan, Datuk Aaaron Ago Dagang dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings Bhd, Euan Daryl Smith.

“Pihak Astro juga akan membantu merancakkan lagi kempen Cakap Baik-Baik sebagai usaha untuk memupuk budaya dan amalan baik dalam kalangan masyarakat di platform TV dan Radio,” kata Aaron dalam satu hantaran di Facebook milik beliau hari ini.

Sebelum ini, Aaron dilaporkan berkata, kempen Cakap Baik-Baik digerakkan sebagai usaha berterusan untuk memupuk budaya komunikasi positif serta memperkukuhkan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Beliau berkata, kempen itu menggalakkan setiap individu untuk berkomunikasi dengan penuh rasa hormat, berbudi bahasa serta mengelakkan kata-kata negatif, hinaan atau provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan sosial.

“Kempen tersebut bukan sahaja menyasarkan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang tetapi juga melibatkan semua pihak termasuk media, pemimpin komuniti serta individu,” katanya.

Terdahulu, Aaron berkata, pihak Astro turut kesal dengan kejadian yang telah berlaku di Era FM dan menyatakan komitmen untuk memupuk nilai-nilai murni dalam industri penyiaran selaras aspirasi kementerian dalam memupuk elemen faham, hormat dan terima.

Tiga penyampai radio Era FM sebelum ini telah direhatkan dari ke udara susulan dakwaan mempersenda satu perayaan agama baru-baru ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button