Individu tidak ikut prinsip Rukun Negara tidak layak dianggap warganegara – Agong
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, mana-mana individu yang enggan berpegang kepada prinsip Rukun Negara tidak layak dianggap sebagai warganegara Malaysia.
Seri Paduka Baginda bertitah, Rukun Negara yang diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 merupakan aku janji serta ikrar seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membina semula perpaduan kaum dan menjamin keharmonian negara.
“Oleh itu, saya menyeru kepada semua pihak agar menghayati setiap prinsip Rukun Negara dan menjadikannya amalan serta garis panduan hidup sebagai rakyat Malaysia.
“Oleh yang demikian, jika ada mana-mana rakyat Malaysia yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tersebut, saya menasihati agar dia tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia,” titah Baginda memetik laporan Bernama.
Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.
Baginda turut mengingatkan bahawa penghayatan terhadap prinsip Rukun Negara penting dalam memastikan perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum terus terpelihara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








