BERITA SEMASADALAM NEGERI

Imigresen tahan 94 PATI dalam operasi di Selangor

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 94 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam siri operasi berasingan di sebuah taman hiburan, kilang perindustrian dan pasaraya sekitar Selangor pada 18 dan 19 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, serbuan pertama dilakukan di sebuah kawasan tarikan pelancongan berhampiran Bandar Sungai Long, Kajang pada 18 Ogos, hasil aduan awam dan risikan selama dua minggu.

“Dalam operasi jam 1.40 petang itu, seramai 123 individu diperiksa terdiri daripada 52 warganegara asing dan 71 warganegara tempatan. Hasil pemeriksaan, 46 warganegara asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mereka yang ditahan ialah 31 lelaki dan sembilan wanita warga Myanmar, dua lelaki Indonesia, tiga lelaki Bangladesh serta seorang wanita Thailand berusia antara 23 hingga 47 tahun.

Seramai 64 individu diperiksa dan 48 PATI ditahan membabitkan warga Bangladesh, Indonesia, Myanmar, Nepal, India dan Pakistan berusia antara 18 hingga 49 tahun.

“Semua tahanan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Millenium Beranang untuk siasatan lanjut, manakala empat Borang 29 (Saman kepada Saksi) turut dikeluarkan,” katanya.

Menurut Zakaria, keesokan harinya JIM turut menggempur sebuah kilang di Balakong dan pasaraya di Puchong.

Seramai 64 individu diperiksa dan 48 PATI ditahan membabitkan warga Bangladesh, Indonesia, Myanmar, Nepal, India dan Pakistan berusia antara 18 hingga 49 tahun.

“Ketika serbuan, terdapat PATI cuba melarikan diri dan bersembunyi, namun berjaya digagalkan pasukan operasi. Kesemua mereka kini ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kesemua tahanan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Zakaria menegaskan JIM tidak akan berkompromi terhadap warga asing yang tinggal secara haram, tinggal lebih masa atau menyalahgunakan pas lawatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button