Ibu Hafiz Suip meninggal dunia akibat kencing manis
KUALA LUMPUR – Ibu kepada penyanyi terkenal, Hafiz Suip, iaitu Halizawati Salleh, 62, meninggal dunia malam tadi di Hospital Umum Kuching, Sarawak.
Berita itu dikongsikan Hafiz atau nama sebenarnya Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 35, menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.
“Innalillahiwainnailaihirojiun… Hilangnya doa seorang ibu,” tulisnya ringkas.
Menurut sumber terdekat, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.40 malam selepas dimasukkan ke hospital akibat penyakit kencing manis.
Penyanyi lagu Awan Nano itu menerima pelbagai ucapan takziah daripada rakan-rakan artis dan peminat yang turut bersimpati serta mendoakan keluarganya tabah menghadapi kehilangan tersebut.
Terdahulu, arwah yang berkerusi roda sempat membuat kejutan dengan muncul di atas pentas ketika Hafiz menyanyikan lagu Pelangi Petang, lagu kesukaan ibunya pada konsert solo penyanyi itu, baru-baru ini.
Allahyarham Halizawati sebelum ini dilaporkan menghidap penyakit diabetes kronik hingga menyebabkan kaki kirinya terpaksa dipotong ke paras lutut.
Hafiz sebelum ini juga mengambil keputusan berpindah ke Kuching bagi menjaga kedua-dua ibu bapanya yang uzur.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








