BERITA SEMASASUKAN

Empat dekad menanti, Singapura akhirnya kembali ke Piala Asia

KUALA LUMPUR – Setelah empat dekad menunggu, Singapura akhirnya kembali ke pentas Piala Asia apabila menempah tiket ke edisi 2027 di Arab Saudi selepas menewaskan Hong Kong 2-1 dalam aksi dramatik di Stadium Kai Tak, malam tadi.

Skuad Singa bimbingan Gavin Lee bangkit daripada ketinggalan seawal minit ke-14 untuk meraih kemenangan yang mengundang sorakan penyokong mereka meskipun beraksi di gelanggang yang dikuasai peminat tuan rumah.

Hong Kong membuka jaringan terlebih dahulu menerusi Matt Orr yang menanduk masuk hantaran silang pemain sayap, Everton Camargo, sekali gus menewaskan penjaga gol Singapura, Izwan Mahbud.

Bagaimanapun, tekanan berterusan Singapura akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-63 apabila Shawal Anuar menyamakan kedudukan selepas menerima hantaran kemas pemain gantian, Ilhan Fandi.

Tidak sampai lima minit berselang, Ilhan pula muncul wira dengan meledak gol kemenangan melalui rembatan tepat selepas bijak mencari ruang, memastikan kemenangan 2-1 berpihak kepada Singa.

Kejayaan itu mengesahkan Singapura mara ke Piala Asia 2027, dengan satu lagi aksi kumpulan menanti menentang Bangladesh di Stadium Nasional pada Mac depan.

Untuk rekod, kali terakhir Singapura beraksi di Piala Asia adalah pada tahun 1984 ketika mereka menjadi tuan rumah kejohanan tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button