Himpunan Solidariti Palestin akan diadakan Ahad ini – Fahmi Fadzil
PUTRAJAYA – Satu perhimpunan solidariti bersama Palestin akan diadakan pada Ahad ini di Axiata Arena, Bukit Jalil, bermula jam 8 malam.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perhimpunan ini bertujuan untuk menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap isu Palestin kepada masyarakat antarabangsa.
Beliau berkata, keputusan untuk mengadakan perhimpunan tersebut telah dibuat dalam mesyuarat jemaah menteri semalam.
“Perhimpunan tersebut dijangka akan dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama barisan Kabinet serta pemimpin negara.
“Kami menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk hadir dan memberikan solidariti dalam isu Palestin ini.
“Kami berharap perhimpunan ini akan menjadi isyarat yang jelas kepada masyarakat antarabangsa bahawa pendirian rakyat Malaysia mengenai isu Palestin tidak berubah. Kami akan terus bersolidariti dengan rakyat Palestin,” katanya di sidang media pasca mesyuarat Menteri Kabinet di sini hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








